GHAZA - Sehingga 15 Julai 2014, para pejuang Palestin khususnya HAMAS berjaya membuat beberapa kejutan hebat ke atas Israel sehinggakan Israel ketakutan dan terpaksa cenderung untuk melakukan gencatan senjata yang dikatakan tajaan Mesir. Namun pihak pejuang menolak gencatan senjata dan mahu terus bertempur, malah terus mengumpan agar tentera Israel melakukan serangan darat ke Gaza.
Bagi pihak Israel, mereka ketakutan dan berbelah bahagi samada mahu meneruskan dengan perang darat ataupun tidak. Tentera Israel sedar, apabila pihak pejuang yang serba kekurangan mahukan perang bersemuka, tentunya ada habuan-habuan yang sangat tidak terduga sedang menunggu mereka sekalipun tentera Israel bersenjata lengkap lagi canggih.
Berikut adalah antara kejutan hebat yang dilakukan oleh pejuang Palestin dalam seminggu perang Gaza- Israel pada tahun 2014 ini :
1. Komando Laut HAMAS dari Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya menyusup masuk melalui selaman dalam laut ke markas tentera laut Israel di tepi laut Ashkelon. Beberapa orang komando laut HAMAS mendapat anugerah syahid dan dipercayai tujuh orang askar Israel terbunuh atau tercedera.
2. Setiap hari lebih kurang 100 buah roket berjaya dilancarkan ke Israel dari Gaza. Bayangkan betapa ketakutannya penduduk Israel setiap hari.
3. Iron Dome ialah sistem dan peralatan yang didakwa tercaggih untuk menangkis serangan roket. Namun banyak roket dari Gaza yang gagal ditangkis oleh Iron Dome. Rupa-rupanya sebahagian daripada roket HAMAS dilengkapi dengan teknologi yang dapat mengelak daripada dikesan atau ditangkis oleh Iron Dome.
4. Buat pertama kalinya roket dari Gaza mampu mencapai Tel Aviv. Roket R160 dan M302 boleh mencapai jarak 160 km. Malah rumah Perdana Menteri Netanyahu di kota Kaisarea sendiri sudah berada dalam jangkauan roket-roket dari Gaza.
5. Cubaan kali pertama tentera Israel masuk ke Gaza berjaya dipatahkan. Empat orang askar cedera.
6. HAMAS menggunakan pesawat tanpa pemandu (drone). Setakat ini dipercayai HAMAS memiliki tiga jenis drone termasuk drone yang boleh membawa bahan peledak.
7. Komando cyber HAMAS berjaya memintas siaran televisyen Israel Chanel 2 dan Chanel 10 ketika siaran sedang berlangsung. Pihak hacker sempat menayangkan amaran mengerikan kepada seluruh penduduk Israel.
Kejutan-kejutan ini membuatkan Israel semakin kaget dan tidak nyenyak tidur. Pihak Gaza semkain hari semakin bersemangat, pihak Israel pula semakin hari semakin mengendur semangatnya.
Begitulah situasinya setakat tulisan ini disiapkan. Wallahua’lam.
Sumber : Abu Zulfiqar. satuumat.blogspot.com