Bethlehem (Ma'an) - Timbalan Menteri Pertahanan Israel pada hari ini berkata tidak pernah akan tertubuh sebuah negara Palestin dan rakyat Palestin akan ditadbir oleh Jordan.
"Orang-orang Yahudi tidak akan menjadi peneroka di Tebing Barat tetapi Israel akan membuat rakyat Palestin menjadi peneroka, dan Jordan akan menjadi salah satu mangsa yang perlu bertanggungjawab ke atas rakyat Palestin dan itu rancangan kami," Danny Danon memberitahu Channel Israel 1.
Ditanya mengenai lawatan yang akan datang Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, yang cuba untuk memulakan semula rundingan bagi penyelesaian dua negara, dia berkata tetap akan wujud sebuah negara Palestin, sama ada Kerry melawat atau tidak.
Israel akan mengawal tanah kosong di Tebing Barat kemudian mengantikan penempatan penduduk Palestin menjadi penempatan Yahudi, Danon katanya.
Dia menambah bahawa kerajaan Israel berkongsi pendapatnya, walaupun mereka tidak mengakui secara terbuka.
Ahmad Tibi, ahli Palestin Knesset, telah diminta mengulas kenyataan Danon ini.
Tibi memberitahu Channel 1 yang Danon adalah pelampau yang paling jujur dalam kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana dia tidak menyembunyikan rancangan Israel.
Sementara itu, MK Ofer Syela memberi amaran bahawa Israel telah menjadi seperti Afrika Selatan di bawah apartheid. Beliau berkata penempatan di Tebing Barat adalah penghalang kepada keamanan, dan "pendudukan tersebut akan merosakkan masyarakat Israel."
No comments:
Post a Comment