Jenin - tentera Israel pada pagi ini merobohkan sebuah rumah dan kandang biri-biri di Bartaa al-Sharqiya, sebuah kampung berhampiran tembok pemisah di utara daerah West Bank of Jenin, kata ahli majlis tempatan itu.
Tawfiq Qabaha memberitahu Agensi Berita Ma'an bahawa beberapa kenderaan tentera Israel diiringi jentolak ke kampung pada awal pagi dan mula merobohkan rumah 200 meter persegi tersebut serta kandang kambing bersebelahannya.
Pegawai itu berkata mereka diberitahu perobohan itu adalah kerana kegagalan pemilik untuk mendapatkan permit bangunan tersebut.
Tentera Israel menutup pintu masuk selatan kampung mengisytiharkannya sebagai kawasan zon tentera tertutup.
Rumah tersebut baru sahaja selesai diubah suai oleh pemiliknya, Ahmad Omar Qabaha, yang membina rumah itu untuk saudara beliau, Mustafa, sempena perkahwinannya.
Ahmad telah diberi notis perobohan minggu lalu, sebagai tambahan kepada tiga notis lain dalam tempoh tiga tahun yang lalu, Qabaha katanya.
Sejak dua bulan lepas, 10 buah rumah telah dirobohkan di Bartaa al-Sharqiya atas alasan dibina tanpa permit.
Kampung tersebut yang berada di dalam wilayah Bartaa, adalah salah satu daripada lapan komuniti dikelilingi oleh dinding pemisahan Israel. Kawasan ini termasuk dalam apa yang Israel mentakrifkan sebagai Zon Seam, zon yang dikuasi oleh tentera Israel, di mana pembinaan adalah dilarang tanpa kebenaran terlebih dahulu dari pihak berkuasa Israel, yang hampir mustahil untuk mendapatkan.
Menurut PBB, Sekitar 7,500 rakyat Palestin yang tinggal di Zon Seam memerlukan permit khas untuk terus tinggal di rumah mereka sendiri, 23,000 yang lain akan diasingkan apabila dinding pemisah tersebut siap.
sumber: maannews.net
No comments:
Post a Comment