Shin Bet, perkhidmatan keselamatan dalam negeri, dan pihak tentera Zionis kononnya telah berjaya menghalang pengeboman dan 30 percubaan menculik askar, Netanyahu memberitahu Presiden Colombia, Juan Manuel Santos yang melawat Israel.
"Kita telah berperang dengan pengganas selama bertahun-tahun ... termasuk tahun ini apabila lima serangan berani mati telah berjaya digagalkan bersama-sama dengan 30 cubaan penculikan dan banyak serangan pengganas yang lain," beliau dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.
Pemimpin Israel tidak mengulas lanjut mengenai asal-usul penyerang atau sasaran mereka.
"Kita akan menjadi sangat gembira berkongsi pengalaman dan kepakaran kami yang boleh diperolehi untuk bersama kita menentang keganasan," katanya kepada Presiden Colombia.
Pada hari Isnin, Santos bertemu Presiden Israel Shimon Peres di Jerusalem, dengan dua orang lelaki yang menandatangani perjanjian perdagangan bebas serta tawaran pertukaran inovasi teknologi.
Beliau mengadakan perbincangan pada Selasa dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas di Tebing Barat yang dijajah memberi tumpuan kepada proses damai dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, Abbas memberitahu agensi berita Wafa.
Colombia merupakan salah satu daripada sebilangan kecil negeri membantah dalam undi untuk menaik taraf status Palestin di PBB pada bulan November, yang diluluskan dengan sokongan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment