Social Icons

Thursday, 16 May 2013

Bendera Zionis di Masjid al-Aqsa.

bendera israel di masjid aqsa
Syeikh Raid Shalah, pemimpin Harakah Islamiyah di Palestin yang dikenali dengan sebutan Syeikh al-Aqsa, telah menyebarkan satu foto masjid Al-Aqsa yang dikelilingi banyak bendera Zionis dalam laman sosial facebook.(8/5)

Syeikh Shalah mengomen foto tersebut,” saat ini para penjahat sedang sibuk membantai rakyat Syria… dan Zionis memanfaatkan hal tersebut dengan mengibarkan bendera Zionis di tembok al-Aqsa. Dan dia menambah lagi,”jika anda tidak terpengaruh dengan gambar ini, ketahuilah bahwa hati nurani anda telah mati.”

Sebelum ini, Syeikh Raid menyebut  bahawa serangan yang terjadi di kota suci bertujuan untuk membahagi masjid Al-Aqsa.

Menurut Syeikh, zionis sejak lama telah merancang penjajahan Palestin yang berada di jantung Arab dan dahulu kita menyangka bahawa penjajahan Palestin adalah mustahil. Namun kenyataannya, Zionis saat ini berjaya menduduki tanah Palestin, dan hari ini Zionis merancang untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa bagi membangun tempat suci bagi mereka. Ada sesetengah dari kita berfikir bahawa hal tersebut tidak mungkin akan dilakukan Zionis kerana menyalahi undang-undang antarabangsa. Mungkinkah kita sedang mengulangi tanggapan salah yang sama?

"Apakah Zionis akan berjaya menghancurkan Al-Aqsa?" Dan kita jawab: “ jika kita tidak bertindak maka Zionis akan berjaya. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.” 

sumber :http://satuumat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Intifada