Sinai - PIP: Jurucakap rasmi Angkatan Bersenjata Mesir, Jeneral Ahmad Muhammad Ali menegaskan bahawa tujuh anggota keselamatan Mesir yang diculik sedang dalam perjalanan ke Kaherah setelah mereka dibebaskan kumpulan penculik.
Ali mengatakan, "Tujuh tentera Mesir yang diculik dalam perjalanan ke Kaherah. Mereka dibebaskan hasil usaha perisikan Mesir, bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Palestin dan warga Sinai. "
Sebelum ini, media Mesir mengatakan bahawa pihak tentera Mesir pada pagi ini, Rabu (22 mei 2013), berjaya membebaskan tentera yang diculik sejak 6 hari lalu di Sinai, wilayah timur laut Mesir. Semalam (Selasa, 21 Mei 2013) pasukan tentera dan polis Mesir bergerak ke semenanjung Sinai dan berlaku pertempuran sengit dengan kumpulan bersenjata yang menculik tentera Mesir tersebut. Demikian menurut para pegawai keselamatan Mesir.
Sumber keselamatan enggan dikenali berkata, "Operasi menyeluruh bermula di utara Sinai. Terjadi tembak-menembak di antara Pasukan keselamatan dengan kumpulan penculik di kampung utara Sinai. "Sumber ini menjelaskan bahawa operasi tersebut sebahagian daripada operasi keselamatan besar-besaran pihak keselamatan Mesir.
Pihak Berkuasa Mesir telah menutup pintu sempadan Rafah dan tidak membenarkan orang-orang Palestin yang terperangkap di kedua sisi sempadan Rafah untuk melalui sempadan tersebut. Jumlah orang yang menunggu di kedua sisi gerbang meningkat sehingga mencapai 6 ribu orang. (Asw)
No comments:
Post a Comment