Social Icons

Thursday, 23 May 2013

Israel Tahan 5 Pelajar Di Jerusalem



JERUSALEM (Ma'an) - Tentera Penjajah Israel menahan lima pelajar dari sebuah sekolah milik sebuah rumah anak yatim Islam selepas mereka dituduh menyerang seorang peneroka di Jerusalem, kata pegawai hari ini.

Pengetua sekolah terbabit, Mazen Jamjoum memberitahu Agensi Berita Ma'an bahawa tentera Israel menyerang sekolah dan menahan lima pelajar yang berumur antara 13 hingga 15.

Jamjoum berkata polis Israel mengatakan bahawa mereka telah memeriksa kamera pengawasan untuk mengesahkan dakwaan peneroka bahawa beberapa telah pelajar menyerangnya.

Sementara itu saksi memberitahu, tentera Israel menahan dua rakyat Palestin ketika mereka berjalan di pasar Kota Lama Jerusalem.

Pegawai cukai Israel telah menyerang pasar Jerusalem dan menyampaikan pesanan kepada para peniaga untuk mematuhi arahan pihak Penajajah Israel.

sumber : maannews.net

No comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Intifada